This will be my first post in malay, as a tribute to the greatest man that I got a chance to know in person. To the late Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Susuk tubuh ini,
Sebelum ku kenal dirimu, aku juga termasuk golongan yang mencerca.
Dalam benakku, apa istimewanya kamu sehingga mereka memanggil mu Tok Guru. Mereka taksub, dan kamu tiada beza dengan ular-ular di sana.
Engkau memilih berada dalam kancah politik yang penuh bisa, sedangkan kau boleh sahaja hanya berbicara agama. Membuatkan ku terfikir untuk berjumpa dengan mu satu ketika.
Mungkin Allah juga mendengar bisikan hamba kerdil ini yang laparkan tarbiyyah.
Susuk tubuh ini,
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke medan ilmu mu, terasa 'izzah seorang pejuang. Sebelum ini, aku hanya dengar2 cerita tentang kebaikan akhlak mu. Aku menjadi percaya setelah bersaksi dengan mataku.
Engkau berikan sepenuh kudratmu untuk perjuangkan agama, namun usahamu diperlekeh musuh-musuh mu. Malah tidak kurang mereka mengherdik dan mencerca mu. Tapi hanya diberikan respon, bahawa Rasulullah mendapat tentangan yang lebih hebat, dan dirimu hanya manusia kerdil.
Allah...semoga semakin ramai penggantimu kelak. Hidupmu untuk Islam bermula celiknya mata sehingga pejam semula. Berbahagialah engkau di sisi Pencipta. Semoga kami menuntuni jejak langkahmu ke sana jua.
Pertama kali saya berjumpa dengan arwah adalah semasa saya ke kelantan untuk ziarah sahabat yang juga merupakan anak buah beliau. Kami solat di surau di mana beliau memberi kuliah subuh, dan pada paginya kami ke kuliah mingguan yang dibuat di medan ilmu Kota Baru.
Setelah mendapatkan tempat, kami tunggu kehadiran arwah. Dia tiba hanya diiringi seorang polis. Saya tak sedar masa tu yang tempat duduk saya merupakan laluan beliau. Beliau tiba2 berhenti depan saya dan berkata sesuatu kepada polis pengiring beliau. Polis tersebut kemudian tunduk di depan saya dan mengutip sehelai tali rafia yang biasa digunakan untuk mengikat air dan berkata 'mintak maaf, ada sampah kt sini.' Saya tersentap, setelah sekian masa saya duduk di situ dan tak sedar kehadiran tali tersebut dan dia lalu dan minta untuk dikutipkan sampah tersebut. Waktu ni, beliau dah sedia uzur, bertongkat. Saya makin mengagumi peribadi beliau.
Kali kedua saya berkesempatan ke rumah beliau di pulau melaka. Siapa yang pernah pergi tau bagaimana keadaan rumah beliau. Bukan da'if, tapi cukup untuk membuatkan kita terfikir, orang ni bukan kejar kuasa, pangkat dan kekayaan. Hidup seharian beliau sangat sederhana. Tutur kata beliau sangat sopan dan lembut.
Seorang permata, yang sangat saya kagumi. Semoga arwah ditempatkan bersama para mujahideen. Al-fatihah. Bagaimana pula pengakhiran kita?
No comments:
Post a Comment