Tuesday 9 February 2016

Jalan Perjuangan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته and good day!!


For today's post, I want to share with you a few versus from the Quran, Surah at-Taubah: 41-42. 


Had it been an easy gain and a moderate trip, the hypocrites would have followed you, but distant to them was the journey. And they will swear by Allah , "If we were able, we would have gone forth with you," destroying themselves [through false oaths], and Allah knows that indeed they are liars.
Ayat ini bersama ayat sebelumnya diturunkan ketika umat Islam diperintahkan untuk berangkat ke perang Tabuk. Tetapi setelah perintah dikeluarkan, orang-orang munafik memberikan pelbagai alasan untuk tidak turut serta dalam peperangan.


Jalan perjuangan untuk Islam adalah sangat jauh dan panjang serta penuh dengan liku-liku, mehnah dan tribulasi. Untuk bersemangat dalam tempoh yang sekejap, mungkin tidak menjadi masalah pada kebanyakan orang. Tetapi, untuk terus konsisten dengan semangat yang sama seperti mana pada mula-mula berjuang, adalah sangat susah.


Sekiranya kemenangan itu mudah, sudah tentu ramai yang akan berbondong-bondong menyertai jalan perjuangan itu. Tetapi kerana ia susah dan payah, tidak semua yang sanggup.

Beristiqamah dari mula berjuang sehingga akhir hayat, biarpun janji kemenangan itu dilihat begitu jauh, dan usaha itu sangat memenatkan. 

Berjuang untuk Islam bukan seperti bekerja dalam sesuatu syarikat. Semakin lama bekerja, pangkat semakin besar. Sekiranya tidak dinaikkan pangkat, maka kita akan rasa tidak dihargai dan keluar dari syarikat untuk bekerja dalam syarikat lain atau membuka syarikat baru.

Berjuang untuk Islam, biarpun pernah menjadi Presiden pada suatu masa dulu, sekiranya pada hari kemudiannya terpaksa menjadi tukang masak misalnya, masih memerlukan semangat jitu yang sama sepertimana ketika berada di jawatan yang tinggi. Lazim pejuang merasakan, hanya kerana pernah berkhidmat dalam suatu posisi suatu masa dulu, sudah cukup khidmatnya. Atau pernah diletakkan di atas, tidak lagi layak untuk berada di bawah. 


Ambillah pengajaran dari Khalid Al-Walid r.a yang terkenal dengan kehebatannya sebagai panglima perang. Tetapi ketika diturunkan jawatannya oleh Saidina Umar r.a dan digantikan dengan Abu Ubaidah al-Jarrah r.a, jawapan yang diberikan oleh beliau adalah: 'Aku berjuang kerana tuhan Umar, bukan kerana Umar'. Semangatnya dalam perang sama seperti ketika menjadi panglima. 

Di mana saja posisi kita dalam perjuangan ini, tidak sepatutunya melunturkan semangat sekiranya niat kita untuk berjuang adalah kerana Allah. Ambil juga pengajaran dari kata-kata Saad bin Abi Waqqas: 'Aku adalah panah dari panah Islam. Tujukanlah ke mana saja yang engkau suka'. 


Go forth, whether light or heavy, and strive with your wealth and your lives in the cause of Allah . That is better for you, if you only knew.
Fastaqim! Beristiqamahlah dengan Islam dan perjuangan menegakkan kalimah Allah. 

No comments: